KOINABALU: Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (Pribumi’s) mensasarkan keahlian
seramai 120,000 daripada 60 Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah menjelang
hujung tahun ini.
Presiden
Pribumi’s, Datuk Dr Mohammad Jeffry Rosman berkata kini Pribumi’s sudah
mempunyai lebih kurang 15 ribu ahli.
“Kami
dalam usaha mencari ahli dari setiap kawasan Parlimen di Sabah, kami akan
bermula di Parlimen Tawau bulan ini seterusnya di Sook, Sepanggar, Lahad Datu
dan Kudat serta kawasan lain.
“Kami
mensasarkan setiap Dun mempunyai 2000 ahli,” katanya kepada Media dalam satu
sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi dan
Majlis Penyampaian Watikah Pribumi’s 2013 – 2014 kelmarin.
Menurutnya,
terdapat beberapa usul yang disimpulkan daripada mesyuarat itu, antaranya ialah
memperjuangkan Saham Amanah Rakyat Sabah untuk rakyat Sabah.
Katanya,
Pribumi’s akan meminta kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan bagi perkara
tersebut demi kebaikan orang di pribumi di Sabah.
“Saya
juga menyeru kepada Kerajaan Negeri agar segerakan penubuhan Tribunal Tanah
Adat di Sabah bagi membela rakyat yang ditindas oleh pihak-pihak
berkepentingan.
“Kita
mahu hak mereka ini dibela, kami yakin rakyat pribumi tidak akan lari daripada
mengundi Barisan Nasional (BN) dan kita akan berjuang sehingga diluluskan demi
kepentingan Kerajaan BN sendiri,” katanya.







