Friday, September 20, 2013

PRIBUMI’S SASAR 120, 000 AHLI DARIPADA 60 DUN

KOINABALU: Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (Pribumi’s) mensasarkan keahlian seramai 120,000 daripada 60 Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah menjelang hujung tahun ini.


Presiden Pribumi’s, Datuk Dr Mohammad Jeffry Rosman berkata kini Pribumi’s sudah mempunyai lebih kurang 15 ribu ahli.

“Kami dalam usaha mencari ahli dari setiap kawasan Parlimen di Sabah, kami akan bermula di Parlimen Tawau bulan ini seterusnya di Sook, Sepanggar, Lahad Datu dan Kudat serta kawasan lain.

“Kami mensasarkan setiap Dun mempunyai 2000 ahli,” katanya kepada Media dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Penyampaian Watikah Pribumi’s 2013 – 2014 kelmarin.

Menurutnya, terdapat beberapa usul yang disimpulkan daripada mesyuarat itu, antaranya ialah memperjuangkan Saham Amanah Rakyat Sabah untuk rakyat Sabah.

Katanya, Pribumi’s akan meminta kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan bagi perkara tersebut demi kebaikan orang di pribumi di Sabah.

“Saya juga menyeru kepada Kerajaan Negeri agar segerakan penubuhan Tribunal Tanah Adat di Sabah bagi membela rakyat yang ditindas oleh pihak-pihak berkepentingan.

“Kita mahu hak mereka ini dibela, kami yakin rakyat pribumi tidak akan lari daripada mengundi Barisan Nasional (BN) dan kita akan berjuang sehingga diluluskan demi kepentingan Kerajaan BN sendiri,” katanya.


No comments:

Post a Comment